Zahid nafi pertahan 'Raja Judi', surat bagi jelaskan status 14k

  • 9 years ago
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memecahkan kebuntuan hari ini apabila menjelaskan bahawa suratnya kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat bukan bagi membela Paul Phua yang akan dibicarakan di negara itu.

Katanya, surat kontroversi yang bertarikh 18 Disember 2014 itu adalah untuk menjelaskan status Paul Phua dan kewujudan kongsi gelap 14K di negara ini..