10 maut F-16 terhempas semasa latihan NATO

  • 9 years ago
Lapan anggota tentera Perancis dan dua rakan mereka dari Greece terbunuh apabila sebuah jet pejuang F-16 terhempas ketika berlepas di pangkalan tentera di Sepanyol.

Pesawat dua tempat duduk milik Greece itu "hilang kuasa" ketika ia berlepas dari pangkalan berhampiran bandar Albacete dan terhempas di kawasan yang menempatkan pusat latihan juruterbang elit NATO. Ini sekali gus merosakkan lima pesawat lain.