Rangka pesawat Airasia QZ8501 mula diperiksa

  • 9 years ago
Rangka utama badan pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa pada Disember lalu dibawa dari Selat Karimata ke Tanjung Priok menggunakan kapal Crest Onyx.

Ia kemudiannya diserahkan kepada Jawatankuasa Nasional bagi Keselamatan Pengangkutan di pelabuhan Tangjung Priok, di Jakarta untuk pemeriksaan lanjut.

Sejak bahagian terakhir badan utama pesawat itu dikeluarkan, Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) secara rasmi menghentikan operasi mencari dan menyelamat pesawat itu.

Recommended