'Tambang naik, kerajaan cakap tak serupa bikin'

  • 9 years ago
Orang ramai kesal dan tidak berpuashati dengan pengumuman Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) semalam yang mengumumkan kenaikan tambang teksi dan bas ekspres, diikuti pula dengan pengumuman Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang juga menaikkan tambang perkhidmatannya.

Rata-rata pengguna yang ditemui KiniTv rasa tertekan dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi ini serta menggesa kerajaan untuk memberi perhatian kepada kesusahan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah.

Recommended