Netanyahu sah menang pilihan raya Israel

  • 9 years ago
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menangi pilihan raya umum Israel, semalam selepas pada kempennya di saat-sat akhir mengumumkan keputusan untuk tidak menyokong pembentukan negara Palestin.

Selepas 99.5 peratus undi dikira, Parti Likud pimpinan Netanyahu memperolehi kemenangan selesa dengan menguasai 30 daripada 120 kerusi Parlimen.

Likud menewaskan pesaing terdekat daripada Kesatuan Zionis yang memenangi 24 kerusi.