Haron Din: Hudud lebih penting berbanding Pakatan

  • 9 years ago
Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din menegaskan parti itu lebih mengutamakan hukum Allah - hudud - daripada hukum manusia termasuk urusan kerjasama politik dengan Pakatan Rakyat.

Beliau juga menegaskan bahawa PAS tidak akan berganjak dengan perjuangannya melaksanakan hukum hudud sekalipun mendapat tentangan keras daripada sekutunya, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Katanya, Kalau PAS teragak-agak atau lebih mementingkan sekutunya yang menentang atau terlampau sayang dengan pakatan sehingga sanggup mengorbankan prinsipnya, maka PAS tidak akan membentangkan rang pindaan hukum hudud yang sedang berlaku di Kelantan.