Polis bergelut dengan penyokong demo GST pula

  • 9 years ago
Pergelutan tercetus antara polis anti-rusuhan dengan orang ramai yang hadir di luar balai polis Kelana Jaya, Petaling Jaya sebagai tanda solidariti kepada peserta demonstrasi membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang ditangkap semalam.

Kekecohan berlaku apabila polis mahu memindahkan mrereka yang ditahan itu ke ibu pejabat polis Shah Alam.

Tolak-menolak berlaku apabila lebih 50 kakitangan Light Strike Force cuba membuka ruang di kalangan 200 orang yang hadir bagi memberi laluan dua trak polis yang menunggu untuk mengangkut peserta demonstrrasi.