'Tanah punca bilik berita RTM tiada peralatan'

  • 9 years ago
Pihak kontraktor yang sepatutnya bertanggungjawab menyediakan semua kelengkapan peralatan di bilik berita bersepadu RTM yang bernilai RM90 juta tidak dapat berbuat demikian kerana beberapa masalah yang timbul seperti penggunaan tanah di Angkasapuri, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia,Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Katanya, isu itu akan mengambil masa untuk diselesaikan oleh pihak kontraktor, Media City yang bertanggungjawab terhadap projek itu kerana perlu menunggu kebenaran daripada pihak Kementerian Kewangan.