Nahas Germanwings: Juruterbang terkunci luar kokpit

  • 9 years ago
Rakaman suara dari kotak hitam yang diperolehi daripada bangkai pesawat Germanwings penerbangan 4U9525 menunjukkan salah seorang daripada juruterbang itu tidak dapat masuk ke kokpit sebelum pesawat itu terhempas di Banjaran Alps, Selasa lalu.

Akhbar The New York Times memetik seorang penyiasat berkata, rakaman audio menunjukkan sebaik pesawat memulakan penerbangan, seorang daripada juruterbang meninggalkan kokpit dan tidak dapat memasukinya semula.

Penyiasat itu memberitahu akhbar berkenaan bahawa juruterbang berkenaan pada mulanya mengetuk perlahan pintu kokpit sebelum mengulanginya beberapa kali dengan ketukan lebih kuat.