Haron Din anggap hubungan PAS-DAP putus

  • 9 years ago
Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din menganggap keputusan DAP memutuskan hubungan dengan presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai amat melampau dan tidak sepatutnya dikeluarkan.

Utusan Malaysia memetik beliau sebagai berkata tindakan DAP itu seperti mahu mengajar mengarahkan PAS supaya menukarkan presiden mereka jika mahu terus kekal dalam Pakatan.

Akhbar milik Umno itu juga melaporkan Haron sebagai berkata PAS sudah berkali-kali menyatakan kepada DAP bahawa jika mereka merasakan tidak perlu lagi kepada Pakatan, maka parti Cina itu dipersilakan keluar.