‘Akar umbi Umno waras mesti bersuara’

  • 9 years ago
Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, meminta ahli Umno yang berfikiran waras supaya bersuara pada mesyuarat bahagian parti akan datang.

Pada satu forum bertajuk ‘Malaysia: Ke mana kita pergi dari sini’ yang diadakan di Kuala Lumpur, malam semalam, beliau merayu kepada ahli-ahli Umno untuk menegakkan kebenaran, keadilan dan perjuangan asal parti.

Katanya, Umno semakin lari dari kedaulatan undang-undang kerana beberapa pemimpin tertinggi cuba untuk melindungi presiden Datuk Seri Najib Razak daripada kemungkinan terbabit dengan rasuah.