Foto bukti kem pemerdagangan manusia wujud di Malaysia

  • 9 years ago
Pembongkaran sebanyak 139 buah kubur besar dan kecil yang dipercayai milik pendatang asing membuktikan wujudnya aktiviti pemerdagangan manusia di rantau ini, termasuk di Malaysia.

Selain kubur besar di kawasan Wang Kelian di sempadan Perlis ini, polis juga menjumpai penempatan warga asing berpagar kawat duri yang di dalamnya terdiri daripada 28 buah bangsal dan khemah pelbagai saiz.

Lokasi penempatan ini dikatakan telah beroperasi sejak 2013 dan kali terakhir ditinggalkan kira-kira dua minggu lalu berdasarkan penemuan peralatan memasak dan makanan yang masih baru.