Zuraida berang Bung kata mukanya macam 'mak lampir'

  • 9 years ago
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin berang dengan kegagalan Speaker Dewan Rakyat kerana gagal menegur Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden yang menjadikannya mangsa dengan kenyataan seksis.

Katanya, selepas menyemak dengan Hansard, beliau mendapati pada sidang 9 Jun lalu, Bung Mokhtar berkata beliau kasihan dengan suami Zuraida kerana ada orang bercakap di laman sosial bahawa wajahnya menyerupai ‘hantu’ dan seperti‘mak lampir’.