China larang penduduk Islam berpuasa

  • 9 years ago
Umat Islam di wilayah Xinjiang, barat China bakal menyambut Ramadan dengan perasaan dukacita, selepas beberapa kerajaan tempatan mengeluarkan notis larangan meraikan bulan keberkatan itu.

Tindakan itu susulan daripada kejadian serangan ganas di wilayah berkenaan sejak tiga tahun lalu sehingga mengakibatkan beratus-ratus orang terkorban, dengan Beijing mendakwa serangan dilancarkan oleh militan Islam.