Kes MARA: Siapa cakap tak ada siasatan, kata IGP
  • 9 years ago
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya tidak pernah mendakwa bahawa tiada siasatan berhubung dakwaan skandal pembelian sebuah apartmen oleh MARA di Australia.

Menurutnya, kenyataan semalam adalah bahawa setakat ini, polis mendapati tiada unsur pecah amanah (CBT) dan keseluruhan siasatan dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).