Umno mampu tadbir NS tanpa komponen BN, kata MB

  • 9 years ago
Umno yakin parti itu mampu mentadbir di Negeri Sembilan tanpa bantuan rakan komponen dalam BN, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hassan.

Menurutnya yang juga adalah pengerusi perhubungan Umno Negeri Sembilan, parti itu kini menguasai 22 daripada 36 kerusi dewan undangan negeri (DUN) yang cukup bagi mendirikan kerajaan.

Katanya, Umno boleh menguasai majoriti dalam DUN kerana kebanyakan kerusi yang dikuasai ini adalah kawasan majoriti pengundi Melayu.

Recommended