Kapal angkasa NASA selamat melintasi Pluto

  • 9 years ago
Kapal angkasa New Horizons milik NASA berjaya melakukan lintasan bersejarah di planet Pluto iaitu misi ke planet paling jauh di sistem suria selepas menempuh perjalanan selama sembilan tahun enam bulan dengan jarak sejauh 4.8 bilion kilometer.

Detik bersejarah itu disaksikan beratus-ratus pegawai NASA, wartawan dan peminat Pluto di Makmal Fizik Universiti Johns Hopkins apabila New Horizons memberi isyarat radio dan imej planet berkenaan.