Bai’ah PAS: Khalid Samad ‘ajar’ pemimpin cara betul

  • 9 years ago
Mengulas beberapa pemimpin PAS yang mengeluarkan kenyataan bercanggah berhubung bai'ah (sumpah janji setia) bagi wakil rakyat parti itu yang meninggalkan atau keluar parti, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mencadangkan satu mesyuarat jawatankuasa pusat diadakan.

Katanya, selepas mesyuarat itu, PAS seharusnya membuat kenyataan rasmi agar pemimpin parti tidak bercanggah di antara satu sama lain.