Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 6/12/2015
Penjara Sg Buloh 04/03/2015

Apa khabar saudara Anwar?

Apa khabar saudara Anwar ?
Usahlah saudara jawab sapaan ini
kerna jawaban saudara
hanyalah menambah kepiluan kami

Apa khabar saudara Anwar?
Mana mungkin saudara sejahtera
jika jasad dimamah derita
walau jiwa bebas merdeka

Apa khabar saudara Anwar?
apakah kami layak menyapa khabar
kerna diantara kami masih kedapatan yang sempit kira bicara
kurang ketahanan dan terluka jiwa

Apa khabar Anwar?
Mungkinkah kelantangan suara dan keoerkasaan jiwa saudara
hanya segelintir sahaja yang bisa menterjemah
sehingga penterjemahan itu merealisasikan
makna kejayaan

Apa khabar saudara Anwar?
Meskipun ada yang tercicir di dalam perjuangan ini
namun armada juang yang saudara bina
tidak pernah menyipi jarum kompasnya

Apa khabar saudara Anwar?
Betapa remuk jiwa kami
menyaksikan kebuasan sang penguasa yang menjadi jadi
namun kami masih selesa bersama anak isteri

Apakah sama dengan gelodak jiwa
yang saudara rasai di dalam kamar yang serba sepi?
Sesungguhnya kami amat malu dengan diri kami sendiri

Apa khabar saudara Anwar?
Andai kami bisa mengahayati sebahagian sahaja
dari ketahanan dan keperkasaan daya juang saudara
sudah pasti kerakusan sang penguasa telah lenyap dari bumi tercinta

- Rajunatapa KS Ogos 01 2002

Recommended

4:45
Up next