Do you want to remove all your recent searches?

All recent searches will be deleted

Dalam IradatMu - Episod 13 - 5/5/2015

3 years ago3.3K views

Dalam IradatMu - Episod 13 - 5/5/2015

Dalam IradatMu merupakan sebuah drama yang diadaptasi daripada novel yang berjudul "Ya Maulana" karya Hana Ilhami. Ia mula ditayangkan pada 10 February 2015 pada pukul 10:00malam menggantikan Drama "Salju Sakinah" di stesen TV Al-Hijrah pada setiap hari Jumaat. Drama yang diterbitkan oleh Global Station Sdn. Bhd. ini menampilkan pasangan suami isteri iaitu Zahiril Adzim dan Shera Aiyob sebagai pemegang watak utama dalam drama ini.

Terbitan: Global Station Sdn. Bhd.
Tayangan: TV Al Hijrah (Setiap Selasa, 10 malam)
Jumlah Episod: -
Penerbit Eksekutif : Zetty Adila Dato' Ramly
Penerbit: Datin Zaiton Muhd Jiwa
Pengarah: Khairul Amri (Keoi) Hj Khalid
Skrip: Maizura Mohd Ederis, Zuli Ismail & Eja Lorena
Novelis: Ya Maulana karya Hana Ilhami

Pelakon Utama: Zahiril Adzim, Shera Aiyob. Liza Zain, Rahim Jelani, Kamal Bakar, Aliza Rafar & Shenthy Feliziana

{PROMO] Tv AlHijarah : https://www.youtube.com/tvahpromo
Website TV AlHijrah: http://tvalhijrah.com/Home.aspx
Like FB TV AlHijrah : https://www.facebook.com/tvalhijrah.TVAH


SINOPSIS NOVEL DALAM IRADATMU :

Maulana Iqbal. Dunianya hanya Darul Ulum At-Taufiqiyah. Al-Quran yang
penuh di dalam dada menjadi modal buat pembimbing bakal-bakal hafiz. Hasiltarbiah madrasah, maka lahirlah seorang maulana di Kampung Pulau Sayak.

Adra Liyana, maksudnya si perawan cantik yang lemah lembut. Tetapi sayang, watak tidak secantik namanya. Si anak Tan Sri berambut karat, bermini skrit masuk kampung dengan sebuah agenda, untuk memindahkan Darul Ulum dan membina hotel resort di atasnya. Baginya, Maulana Iqbal tidak ubah seperti seorang ustaz Gothic yang poyo! Dengan berjubah dan berserban bagai.

“Cik Rariru nak jumpa saya?” – Maulana Iqbal
“Ustaz! Kut ya pun tak suka I pakai macam ni, tak perlulah ejek nama I,
okey? Nama I Rara, bukan Rariru!” – Adra Liyana
“Cik Adra tolong pakai pakaian yang sopan dan menutup aurat. Maklumlah,
sini tempat budak-budak menghafal Quran. Dan cik kena pakai tudung sekali.” – Maulana Iqbal

Setelah rencana untuk memindahkan Darul Ulum tidak berhasil, Adra nekad
untuk mengugut Si Maulana. Rencana jahat mula diatur…
“Tolong I! Dia... dia... cuba buat benda tak baik kepada I...” – Adra
liyana“Allahuakbar! Demi Allah! Saya tak buat kerja terkutuk ni.” – Maulana Iqbal

“Sama ada Iqbal tinggalkan kampung ni atau dia bertanggungjawab atas apa
yang dia dah buat. Iqbal kena kahwin dengan perempuan ni.” – Imam Hussin

Aduhai, ya maulana! Rencana jahat Adra akhirnya memakan diri. Mana mungkin dia sanggup bersuamikan si maulana kampung yang sudah beristeri itu! Perlukah dia menukar wataknya kepada ‘Adra Liyana’ yang sebenar?
Ketika umpat dan keji penduduk kampung mula tersebar, mampukah Kampung
Pulau Sayak itu menjadi pusat tarbiah untuk si gadis ranggi?

Report this video

Select an issue

Embed the video

Dalam IradatMu - Episod 13 - 5/5/2015
Autoplay
<iframe frameborder="0" width="480" height="270" src="//www.dailymotion.com/embed/video/x2q3ty7" allowfullscreen allow="autoplay"></iframe>
Add the video to your site with the embed code above