[Edisi Miaow2 Jeng3] from Adam & Hawa Ep.56

Awan Kumulonimbus
47
17,544 views
  • About
  • Export
  • Add to
“Hmmm… nice smell. Minyak wangi apa ni?”
“Minyak wangi apa pula malam2 macam ni? Ain pakai bedak biasalah la bang”.
Dia mengucup dahiku. Spontan matanya kembali memandangku “Abang?” dia mengerutkan dahi. Pandangannya sedikit lucu.
“Sepatutnya Ain guna perkataan abang dari dulu lagi” akuiku berterus terang
Dia mengangguk. Tapi wajahnya bagai kabur sahaja
“No, wait. Abang tak faham. Bukan sebab malam ni yang membuatkan Ain berubah hati dan juga menyebabkan Ain panggil ‘abang’. Sepatutnya rasa hormat tu perlu ada sejak pertama kali Ain kenal abang. Umur Ain dengan abang agak jauh berbeza. Jadi Ain tak patut panggil Am aje. Entahlah, waktu tu bila Ain tengok cara hidup abang, mungkin itu yang membuatkan Ain lebih senang panggil nama aje”
Dia terdiam sebentar. Senyuman itu kelihatan lagi. Lesung pipit menyerlahkan ketampanannya.
“Ain?” panggilnya lembut dan perlahan
“Hmmm” balasku
“Are you sure?”
Aku mengangguk
Setiap hela nafasnya bagaikan cuba mengawal perasaan yang terlalu payah.
“Ain dah ubah fikiran?”
Aku mengangguk lagi
“Takkan ada benci lagi antara kita?”
“Tak” balasku perlahan kerana suaraku sudah tenggelam bersama renungannya.
“Kenapa baru hari ini? Apa yang Am dah buat sampai boleh mengubah fikiran Ain yang keras tu?”
Aku tersenyum. “Abang” aku membetulkan ayatnya
Dia masih mengakui dirinya Am sedangkan aku mahu mengubah panggilan itu dengan lebih mesra dan lebih mengambarkan rasa hati seorang isteri pada suaminya.
“Abang nak tahu bila Ain mula sedar yang Ain sayang pada abang? Aku sengaja menduganya.
Dia terus menungguku tanpa jawapan
“Bila abang jadi imam solat Maghrib tadi. Selama ni mama, mak, adik-beradik Ain yang lain percaya abang dah banyak berubah untuk Ain. Tapi Ain tak peduli cakap2 tu. Sehinggalah malam ni Ain nampak kebenarannya. Memanglah abang dah banyak berubah. Abang dah jauh berbeza daripada abang yang Ain kenal dulu”
Jiwaku diulit rasa indah. “Abang buat ni semua untuk Ain kan? Abang mahu jadi suami yang lebih baik, yang boleh menjadi ketua keluarga dan membimbing Ain?”
Giliran dia pula mengangguk. “Sekarang Ain dah nampak abang sungguh2 sayangkan Ain?”
‘Tapi bukan abang seorang saja yang sayangkan Ain waktu ni, ujarku perlahan penuh erti.
Am tersenyum. “Ain sayangkan abang juga?”
Aku mengangguk. “Banyak” bisikku
Am ketawa. “Maknanya Ain terima abang semula?”
Tanpa jawapan, aku kembali berada dalam pelukannya.
Am tersenyum. Matanya tajam merenungiku.
‘Ain sedar, dalam kesabaran abang melayani kerenah Ain, Ain banyak lakukan dosa pada abang. Ain mintak ampun di atas segala kesalahan Ain selama ini, ya?”
Aku tatap suamiku penuh harapan, penuh azam untuk membina hidup baru bersamanya.
‘Ain, dah lama abang maafkan Ain. Malah, sejak hari pertama Ain tinggalkan abang, abang dah redakan segala tindakan yang Ain ambil. Abang redakan segalanya Ain…” bisik Am di telingaku.

3 comments

boleh tak tolong buatkan video scene ain dan am mulai bahagia, selepas am balik dari London,tq
By dm_50e3b05983d27 last year
Yes, thank u. I love it too :D
By dm_50b93857712ec last year
Thanks for this scene.. Love it so much...
By Ju Muharam last year