Advertising Console

    [Edisi Syahdu Terasa Di Hati] from Adam & Hawa Ep.55

    Awan Kumulonimbus

    oleh Awan Kumulonimbus

    54
    17 331 tontonan
    Rupa2nya aku silap menduga. Aku tidak patut memperlekehkan keupayaannya mengimamkan solat fardu ini. Aku cuba menafikan dirinya dan secara tidak langsung memikirkan betapa cetek pengetahuan agamanya. Apatah lagi dgn sikapnya yg kaki perempuan itu."
    "Tanpa sedar airmataku menitis perlahan-lahan. Aku tidak pernah taat kepadanya. Aku sering berkasar dgnnya. Malah aku tidak pernah ada rasa kasih sayang terhadapnya selama ini, Yang ada di segenap hati dan setiap udara yang memenuhi ruang paru-paruku hanyalah rasa marah dan benci. Aku tidak pernah ikhlas dalam apa sahaja perkara yang berkaitan dgnnya."
    "Aku dan Am saling berpandangan. Aku segera menghulurkan kedua belah tangan kepada Am. Aku mengerti dgn reaksi yg diberikan pertama kali bila melihat tangan yg dihulur. Dalam sekelip mata juga, wajahnya bertukar tenang dan bibirnya mula menguntum senyum. Am memegang tanganku dgn lembut. Aku akhirnya mencium tangan suamiku itu dgn penuh rasa rendah diri."
    "Ain minta ampun, bang"