Do you want to remove all your recent searches?

All recent searches will be deleted

Buaya gergasi terbesar ditangkap di Filipina!

6 years ago1.9K views

http://www.JomBinaBadan.up.to - Seekor buaya jantan yang besar berukuran 21 kaki (6.4 meter) telah ditangkap hidup-hidup di tebing sungai di Bunawan, sebuah bandar di wilayah Agusan del Sur pada 03 September 2011. Pakar buaya tempatan mengesahkan ini mungkin buaya terbesar yang ditangkap hidup-hidup pada tahun ini.

Datuk Bandar Bunawan, Cox Elorde meminta bantuan daripada pakar-pakar buaya di wilayah Palawan barat selepas mendengar saksi-saksi yang mendakwa bahawa seekor buaya gergasi telah membunuh kerbau bulan lepas dan juga disyaki telah menyerang seorang nelayan yang hilang pada bulan Julai.

Buaya gergasi itu memusnahkan empat perangkap yang dipasang oleh pemburu selepas haiwan itu diumpan di sungai. Mereka kemudian menggunakan satu perangkap besi menggunakan kabel keluli, yang akhirnya berjaya menarik buaya itu.