KK Mart saman syarikat pembekal stoking, pengarah
  • 28 hari lalu
KK Supermart And Superstore Sdn Bhd memfailkan saman pelanggaran kontrak, sabotaj dan kecuaian terhadap pengarah dan Syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd yang membekalkan stoking tertera kalimah Allah di premisnya.

Dalam saman difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Isnin, KK Mart menamakan Pengarah Xin Jian, Soh Chin Huat sebagai defendan pertama dan syarikat itu yang beralamat berdaftar di Kawasan Perindustrian Sri Gading, Batu Pahat, Johor sebagai defendan kedua.
Disyorkan