Yasin dirujuk ke Hospital Bahagia

  • 6 bulan lalu
Yasin dirujuk ke Hospital Bahagia

MOJO LIVE 29 November 2023

Penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas tiga kes dadah, namun diperintah ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, lapor wartawan Sinar Harian, Hisyamuddin Ayub.

Hakim, Faiz Dziyauddin memutuskan bahawa penyanyi atau nama sebenarnya Muhammad Yasin, 48, diletakkan di bawah penjagaan selamat di hospital itu untuk tempoh diperkenankan Sultan Selangor.

Dalam kes ini, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin manakala Yasin diwakili peguam, Ariff Azami Hussein.

FB LINK:
https://www.facebook.com/share/v/PoBugJRqwVKZvvVn/?mibextid=KsPBc6

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarTerkini #MojoLive #YasinSulaiman #TanjungRambutan

Disyorkan