PM minta Thailand undang MB Kedah, Perlis bersama

  • 6 bulan lalu
Biarpun berbeza ideologi dan parti parti politik, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau sentiasa mengiktiraf kedudukan ketua-ketua kerajaan negeri, biarpun mereka berstatus pembangkang di peringkat persekutuan.

Sebagai contoh, jelasnya lagi, beliau memastikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohamad Sanusi Md Nor dan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli turut bersama-sama dengannya dalam pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin pada Isnin.