Tiktoker Pas 'bertempur' di media sosial tanpa bayaran

  • 7 bulan lalu
BERITA SEMASA 22 OKTOBER 2023

Pas menyelar tuduhan seorang menteri yang menganggap peruntukan kawasan yang diminta wakil rakyat pembangkang akan digunakan untuk membayar pempengaruh media sosial atau Tiktoker yang menyebarkan agenda Pas.

Ketua Pemudanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, perjuangan para pemuda yang 'bertempur' di media sosial adalah atas dasar sukarela tanpa mengharapkan bayaran kerana ikhlas menegakkan Islam.