'Bila DAP masuk PWTC?'

  • tahun lalu
Kehadiran ahli dan pimpinan DAP ke bangunan keramat Umno, PWTC, yang kini dikenali dengan nama WTC dalam Konvensyen Kerajaan Perpaduan, baru-baru ini, menimbulkan reaksi bekas pimpinan parti Melayu itu.

Tan Sri Annuar Musa yang dilaporkan akan menyertai Pas meramal parti lamanya, Umno akan ditolak orang Melayu dalam PRN dan PRU akan datang kerana membenarkan 'puak sosialis, liberalis, dan DAP' bertandang ke WTC.

Sejauh mana ramalan itu akan jadi kenyataan? Adakah kehadiran DAP akan mendatangkan 'bala' kepada Umno? Atau sebaliknya jadi satu 'rahmat yang tersembunyi?'

Ikuti kupasan isu ini, 'Bila DAP masuk PWTC?' dihoskan Haizir Othman dalam Plot Twist Episod 18.