Terima tindakan Majlis Peguam dengan hati terbuka: Azalina

  • tahun lalu
Terima tindakan Majlis Peguam dengan hati terbuka: Azalina

BERITA SEMASA 12 MEI 2023

Tindakan Majlis Peguam meluluskan usul tidak percaya terhadap Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun, baru-baru ini dilihat sebagai tindakan yang perlu diterima dengan hati terbuka, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, pihaknya percaya tindakan itu dibuat berdasarkan kepada hak yang dimiliki persatuan berkenaan (Majlis Peguam).

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian