Perompak bertopeng samun emas seberat tujuh kilogram

  • tahun lalu
BERITA MOJO 4 MEI 2023

Tujuh kilogram emas bernilai kira-kira RM1.8 juta dipercayai dilarikan dua lelaki bertopeng dalam kejadian samun di lorong belakang Kedai Emas Nur Jannah, Kuala Pilah pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan.

Hebahan dan video kejadian berdurasi 33 saat itu tular di media sosial sejak jam 1 petang hari sama, dikatakan berlaku pada jam 11.37 pagi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis daerah Kuala Pilah, Deputi Superintendan Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata, berdasarkan siasatan awal, pihak polis mendapati nombor pendaftaran kenderaan pada dua kereta berkenaan disyaki palsu.

Artikel: http://bitly.ws/DWjh

Muzik: Evolution dari www.bensound.com

Untuk berita komprehensif dalam dan luar negara tekan link di bio atau terus ke Story untuk baca berita terkini.

#BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarHarian