Banjir | Johor beri bantuan RM300 kepada keluarga terjejas banjir

  • tahun lalu
Setiap keluarga yang terjejas banjir di Johor akan menerima bantuan RM300 daripada kerajaan negeri supaya sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban mereka.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi memaklumkan demikian ketika melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah di Labis, pada Khamis.