[TERKINI] 69 orang dikhuatiri tertimbus di tapak perkhemahan Batang Kali

  • tahun lalu
Kira-kira 69 orang dikhuatiri terperangkap dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali, pada awal pagi Jumaat.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.24 pagi sebelum menggerakkan anggota dan aset ke lokasi kejadian.