DAP akan cadang lucut wakil rakyatnya yang tak ikut keputusan parti

  • 2 years ago
DAP akan mencadangkan pindaan kepada perlembagaan parti yang mensyaratkan mana-mana wakil rakyat yang tidak mengikut keputusan parti dalam perkara-perkara tertentu dilucutkan keahliannya.

Setiausaha agungnya Anthony Loke Siew Fook berkata, pindaan itu bagi menutup lompang dalam pindaan Perlembagaan Persekutuan berkenaan lompat parti yang telah diluluskan minggu lalu.

Menurutnya pindaan itu akan dicadangkan menerusi satu Kongres Khas pada 25 Sept depan.