Pulau Batu Puteh: 'Sultan Johor boleh kata apa pun tapi dia bukan hakim'
  • 2 years ago
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar boleh menyalahkan sesiapa sahaja dalam isu pembatalan rayuan terhadap keputusan kes pertikaian Pulau Batu Puteh antara Malaysia dan Singapura, kata Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata demikian ketika diminta mengulas berkaitan tindakan kerajaan Johor menyalahkannya susulan keputusan itu.

Mahathir kemudian membangkitkan isu “penjualan 1,370 hektar tanah kepada China” dan projek tambak laut di Bandar Maharani.
Recommended