Guan Eng tolak RM100,000 tapi terima jam RM43,000 - Saksi
  • 2 years ago
Saksi pendakwaan Zarul Ahmad Mohd Zulkifli berkata dia telah membeli seutas jam tangan mewah sebagai hadiah hari jadi Lim Guan Eng ke-55 pada Disember 2015.

Pengarah eksekutif kanan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd itu memaklumkan, jam tangan jenama Maurice Lacroix berharga RM43,000 itu diberikan bersama-sama wang tunai RM100,000.

Lim bagaimanapun menolak wang tunai yang diletakkan didalam sampul putih dan hanya menerima jam tangan berkenaan dalam sebuah kotak.