Kes Kevin Morais | 22 Julai pengurusan kes rayuan enam individu

  • 2 tahun lalu
Mahkamah Rayuan Putrajaya menetapkan 22 Julai sebagai pengurusan kes berhubung rayuan enam individu yang dihukum mati selepas mereka disabitkan dengan kesalahan membunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais, hampir enam tahun lepas.

Tarikh itu ditetapkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Nurul Azrina Mohamed Yusof semasa kes itu disebut di hadapannya pada prosiding pada Jumaat.