Haiwan Ternakan | Penternak jangan biar ternakan berkeliaran

  • 2 tahun lalu
Polis beri amaran kepada penternak lembu dan kerbau yang membiarkan haiwan ternakan mereka berkeliaran di jalan raya hingga mendatangkan bahaya kepada pengguna yang lain.

Di Kuantan, polis kini bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri, dan pihak berkuasa tempatan, PBT menjalankan operasi bersepadu terhadap penternak yang membiarkan haiwan peliharaan mereka berkeliaran.