MG Viral : Enam Pelanggan Cedera, Kereta Rempuh Restoran

  • 2 years ago
Enam pelanggan sebuah restoran termasuk dua kanak-kanak cedera selepas dirempuh sebuah kenderaan yang memasuki ruang makan premis berkenaan di Jalan Puteri Hang Li Po, Bukit Baru di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian jam 7.15 malam itu dipercayai berpunca apabila pemandu kereta jenis Perodua Kancil itu tertekan pedal minyak menyebabkan kenderaannya merempuh masuk ke dalam restoran.

Recommended