UMNO Perlis setia bersama kepimpinan pusat - Shahidan Kassim

  • 2 tahun lalu
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menjelaskan bahawa UMNO di negeri itu tidak pernah bercadang untuk memutuskan hubungan dengan kepimpinan pusat. Jelasnya, beliau tidak mempunyai masalah dengan pucuk pimpinan parti malah mempunyai hubungan akrab dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.