[INFOGRAFIK] COVID-19: Malaysia mencatatkan 2,234 kes baharu hari ini

  • 2 tahun lalu
Perkembangan COVID-19 dalam negara.
Malaysia merekodkan kes harian COVID-19 tertinggi selepas 2,234 lagi kes disahkan pada Khamis.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, peningkatan kes tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes dalam negara bertambah kepada 78,499.
Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 11,867 kes.
Sementara itu, kes pulih hari ini ialah 1,112 kes menjadikan jumlah kumlatif kes yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 kekal sebanyak 66,236 kes.
Sehingga kini, terdapat 124 kes positif sedang dirawat di ICU dan 60 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Terdapat pertambahan tiga kes kematian berkaitan COVID-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia adalah 396 kes.

Disyorkan