PRN Sabah: [01:00PM] Siapa Ketua Menteri Sabah?

  • 2 tahun lalu
Masih belum jelas situasi politik di Sabah terutama siapa bakal menjadi Ketua Menteri negeri itu. Beberapa laporan terus berlegar antaranya perbincangan untuk mewujudkan penjajaran politik baharu antara setiap parti.

Namun Parti Bersatu Sabah (PBS) menafikan sekeras-kerasnya bahawa parti itu bersama dengan Warisan Plus untuk menubuhkan kerajaan.

Ketua Penerangannya, Datuk Joniston Bangkuai menegaskan, parti itu masih teguh bersama rakan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).

Apa pula ceritanya di lokasi Gabungan Rakyat Sabah G-R-S berkumpul ketika ini?

Bersama Editor Astro AWANI Assim Hassan di The Magellan Hotel Kota Kinabalu.

Disyorkan