Dewan rakyat lulus RUU Perbekalan

  • 2 tahun lalu
Usaha blok pembangkang untuk menolak Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) tahun 2020 gagal selepas undi belah bahagian di Dewan Rakyat menyaksikan 111 Ahli Parlimen bersetuju, 106 menolak dan lima tidak hadir.
Susulan itu, Dewan Rakyat menerima usul berkenaan yang bertujuan mengadakan peruntukan bagi penguntukan semula daripada Kumpulan Wang Disatukan sejumlah wang yang tidak melebihi 7 bilion 184 juta 83 ribu 200 ringgit.

Disyorkan