Trump ikrar akan pantau kuasa luar cuba pengaruhi pilihan raya AS

  • 2 tahun lalu
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata pentadbirannya akan memerhati rapat sebarang cubaan kuasa luar untuk mempengaruhi pilihan raya negara itu pada November.

Pilihan raya terakhir pada 2016 terpalit dengan kontroversi dan dakwaan bahawa Rusia membantu mempengaruhi sentimen pengundi untuk memastikan kemenangan Trump.