Rukun Negara pemangkin perpaduan

  • 2 tahun lalu
Hasrat kerajaan menerapkan Rukun Negara dalam sambutan Hari Kebangsaan tahun ini disambut baik Tan Sri Lee Lam Thye.

Lam Thye yang merupakan ahli lembaga Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Malaysia berkata ia sinonim dengan sambutan 50 tahun sejak Rukun Negara diperkenalkan pada 31 Ogos 1970.

Rukun Negara yang menjadi falsafah kebangsaan negara dianggap sebagai panduan atau kompas rakyat Malaysia ke arah pembentukan negara.

Disyorkan