Pelan pemulihan ekonomi jangka pendek bakal 'lembutkan' semula ekonomi

  • 2 tahun lalu
Pelan pemulihan ekonomi jangka pendek yang bakal diumumkan petang ini dijangka menjadi strategi kerajaan untuk mengurangkan tekanan ekonomi kesan daripada krisis pandemik COVID-19.
Penganalisis Ekonomi, Prof Emeritus Datuk Dr Zakariah Abdul Rashid berkata, ini kerana rantaian kesan ekonomi akibat krisis COVID-19 dirasai secara global.
Justeru itu, semua program yang direncanakan sekarang bermatlamat mengurangkan masalah didepani rakyat supaya tidak menjadi lebih tertekan.

Disyorkan