Sembilan kontak rapat pelajar UUM positif COVID-19 dikesan

  • 2 tahun lalu
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan, pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) yang positif COVID-19 telah dikurung selama 28 hari di kampus masing-masing tapi ada beberapa pelajar mempunyai pendedahan dengan pengusaha kantin yang keluar masuk, jadi ia mungkin menjadi punca jangkitan.

KKM masih jalankan siasatan dan berjaya mengesan sembilan kontak rapat seterusnya tindakan diambil iaitu mereka yang positif telah dimasukkan di hospital dan diasingkan manakala kontak rapat dikuarantin masing-masing selama 14 hari.

Disyorkan