42 pulih, 15 kes positif dan 1,421 kes aktif setakat 27 Mei - KKM

  • 2 tahun lalu
Setakat 27 Mei 2020, terdapat 42 kes yang telah pulih, 15 kes positif COVID-19 baharu dan 1,421 kes aktif dengan kebolehjangkitan, jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Dalam pada itu, daripada 15 kes baharu yang dilaporkan, sembilan merupakan kes penularan tempatan termasuk lima warganegara Malaysia dan empat bukan warganegara.