KPDNHEP umum tambahan 19 barangan kawalan

  • 2 tahun lalu
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan 19 barangan kawalan baharu yang terlibat dalam pelaksanaan skim harga maksimum musim perayaan pada musim perayaan kali ini.
Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi memaklumkan pertambahan barangan-barangan tersebut adalah atas permintaan pengguna dan merupakan barangan pilihan utama semasa tempoh perayaan dan Perintah Kawalan Pergerakan.