Pertambahan empat kes di Kluang, 11 kes di Hulu Langat, enam kes di Menara City One setakat 7 April
  • 2 tahun lalu
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan empat kes positif COVID-19 di Kluang, menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 174 setakat 7 April 2020. Di Hulu Langat pula, terdapat pertambahan 11 kes positif menjadikan jumlah kumulatif positif sebanyak 350, manakala di Menara Plaza City One terdapat pertambahan enam kes, menjadikan jumlah positif sebanyak 30.
Disyorkan