COVID-19: Syarikat penerbangan Asia Barat, Afrika rugi AS23 bilion

  • 2 tahun lalu
Sektor penerbangan di Asia Barat dan Afrika sedang berdepan kerugian sehingga 23 bilion dolar susulan pandemik COVID-19.

Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa, IATA dalam kenyataannya menjelaskan, 19 bilion dolar daripada kerugian itu ditanggung oleh syarikat-syarikat penerbangan yang beroperasi di Asia Barat.

Manakala kira-kira empat bilion dolar Amerika lagi kerugian dialami syarikat-syarikat penerbangan di Afrika.

Disyorkan